WAH PLATE NOMBOR SAHAJA Keputusan bagi nombor pendaftaran siri F dikeluarkan secara rasmi F 1 bernilai RM836660
07:28Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan keputusaan bidaan baginombor pendaftaran siri Fiaitu bagi Putrajaya. Di mana, JPJ telah menerima sebanyak11,683 tempahanyang dibuka mulai 1 Jun lepas dan ditutup pada 12.00 tengah hari pada 14 Jun.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, telah berjaya membida nombor pendaftaran F 1 yang pastinya menjadi dambaan ramai. Dengan bidaan bernilai RM836,660, nombor pendaftaran tersebut berjaya menjadi milik Sultan Johor.
Bagi nombor daftaran F 2 dan F 3 pula dibida dengan harga mencecah RM514,800 dan RM344,300 oleh individu persendirian dan pendaftaran syarikat. Manakala nombor pendaftaran F 6, F 18 dan F 38 diperuntukan bagi anggota pentadbiran kerajaan.
Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail iaitu Sultan Kelantan juga turut membida nombor pendaftaran yang tersenarai dan berjaya memperoleh F 12 dengan harga bidaan sejumlah RM110,000.
Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments