­

Akhirnya Dato Aliff Bongkar Buka Mulut Rahsia Syarikatnya Terus Gah Hingga Kini

05:43

Terkenal dengan tag line ‘terlajak laris’. Dato’ Aliff Syukri pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd dengan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan berdiri gah tidak hanya di dalam Malaysia malah turut mendapat liputan di luar negara.

5.png

Kejayaan Dato’ Aliff Syukri tidak terus bermula dari atas, tetapi beliau sendiri bermula dari bawah.Berbekalkan azam yang kuat, beliau bermula dengan hanya menjual produk beliau sendiri kepada sahabat handai dan juga rakan-rakan sepejabat.

Tidak reti duduk diam, Dato Aliff Syukri mengambil kesempatan memasarkan produk beliau di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas pada masa terluang. Dengan gaya tersendiri, produk Dato Aliff mendapat sambutan ramai justeru memikat hati pelanggan.

6.jpg

Syarikat D’Herbs berjaya ditubuhkan Dato Aliff pada tahun 2010 dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Pada masa itu beliau hanya beroperasi di kedai 2 tingkat dengan pekerja seramai seorang sahaja.

5.jpg

Kini Dato Aliff berjaya mengorak langkah dengan 90 rangkaian produk baharu dan telah dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Putra Brand Awards 2015’. Anugerah ini adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama.

Sehingga sekarang produk D’Herbs bukan sahaja dapat perhatian di dalam negara malah turut menjadi pilihan di negara Singapura, Brunei dan terbaru Thailand.

7.jpg

Seiring dengan perkembangan teknologi terutamanya media sosial, Dato Aliff mengambil langkah awal dengan menubuhkan anak syarikat iaituViral Media Sdn Bhduntuk memasarkan produk secara atas talian.

Syarikat tersebut berfungsi untukmemviralkan produk pelanggandengancara lebih berkesandansingkat.Setakat ini antara pelanggan yang telah menggunakan khidmat syarikat tersebut termasuklah Astro, Toshiba, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan banyak lagi.

Untuk lebih info mengenai Viral Media Sdn Bhd anda boleh ke website :www.viralmediahq.net

13445959_1081038041949912_1307692431_o.p

Pemasaran produk secara online adalah salah saturahsia terbesar D’Herbs Holdingterusmengaut untung yang tinggisetiap tahun bagi hasil penjualan produk selain iklan kormesial dan offline.

Selain daripada itu, rahsia lain kejayaan Dato Aliff terus gah terus memacu perniagaan kosmetik di Malaysia dikongsikan dalam bukunya yang telah dilancarkan oleh beliau sebelum ini bertajukDato Aliff Syukri Bermula Sebuah Kisah.

2.jpg

Sumber: kisahbenarviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

← Previous Story

Next Story →

Dah hampir 2minggu berturut saya diasakkk oleh wartawan media elektronik dan sosial utk buat statement mengenai pengasas kosmetik jutawan muda yang dari lelaki jadi perempuan dari perempuan tu bertukar jadi lelaki semula Kemudian dari lelaki semula tu jadi perempuan semula Allahuakhbar. Saya nak komen pun saya takut. Takut dugaan Allah itu terpantul pada kite pulak.. Dah la bulan mulia, tanah suci.. masyaaAllah…. Cuma saya tak salahkan dia 100% Kenapa kite sendiri yang membuta tuli tabsub dgn budak tu? Kenapa tabsub dgn org yg nak beli rumah 2juta Tabsub dgn kereta recon yg dicanang2… Tabsub sebab follower ramai Allahu…. padahal ada byk pengasas muda yg ada lagi bejuta value rumah2 yang dimiliki , tanah,kilang rumah kedai dan bagai.. kita yang patut pandai menilai orang. Nilai manusia bukan pada assetnya .. Nilai manusia bukan pada followernya. Kalau nak ikut macam tu kita parut follow Tan sri syed Mohktar Al Bukhory. Islam paling kaya di Malaysia. ISTERI SATU. Takde lepak hotel2 malam..takde fancy2 cars… Dalam Alquran sendiri mengatakan bila mana hampir akhir zaman akan ramai orang yang menggunakan agama utk kepentingan diri. Makna nya apa? IMAN tiada di dada. TAQWA tiada. Iman dan taqwa bukan pada tinggi mana serban orang, labuh mana tudung kita atau niqab atau tidak… Atau berapa byk status agama dia upload… Salah tu dik… Pengikut2 akan suka akan pemimpin yang memberikan hiburan bukan dakwah. Pemimpin atau artis yang banyak gossip. Senang fofular ! Buat konsert. Buat party. Bagi kereta . Bagi kemewahan dunia… Siapa yang nak jika “kena ceramah” je ??. Duit yang dapat sedekah apa orang susah padahal kita pun x senang mana… baik join xxx dpt kereta. Dapat handphone, Dapat Glamour Itu lah bunyi gendang iman yang tipis… Jadi saya tak salah kan dia 100% . Dari pengamatan saya orang yang well planned person. Smart and oppurtunist. Result oriented. Do or Die kinda person. Media elektronik dan massa pulak nak cari topik yang hangat tak kira pro n cons… Masa tu pengasas2 lain yang ala2 islamik pun turut sama nak tumpang fofular dia. Ambil gambar. Post update bersama tanpa kenal hati budi dan mendalami nawaitu orang… Jadi pecaya tak jika saya katakan kita yang memangkin untuk dia sebegitu. Kita pun bershubahah tanpa kita sedari.. Pecaya tak? Bagi saya bukan sebab orang “mengata” membuatkan dia kembali ke jalan menuju neraka setelah susah melalui onak utk tempuhi ke jalan syurga. Itu adalah diri dia sendiri. Perancangan teliti. Hidup masih muda. Duit dah berjuta. Tapi janganlah lupa.. bukan daun kering sahaja gugur dik… Hari ni berjuta esok boleh papa kedana Kerana apa? Kerana Allah sedang menduga. Sedarlah adikku jalan hiway nampak je panjang tapi mungkin ada lubang gaung ditengah jalan. Usah terlalu ghairah mendabik dada mendongak kelangit… sedarlah bahawa dunia ini hanya perjalanan menuju destinasi abadi. Maafkan saya sekiranya ada yang terasa dengan tulisan ini. Lillahi taala saya tiada niat mengaibkan sesiapa. Cukuplah sekadar coretan hati buat yang ingin mengetahui. Coretan hati sekadar berkongsi rasa hati Kerana nabi SAW berpesan agar kita sentiasa berpesan2 sesama kita agar tidak terlanjur sesat dihujung jalan….

You Might Also Like

0 comments

Online