Isteri aliff aziz tak halang berlakon adegan romantik

18:58

1-Isteri-Aliff-Aziz-Tak-Halang-Berlakon-

Memahami kerjaya suaminya sebagai seorang pelakon, pasangan pengantin baru, Bella Astillah selaku isteri kepada Aliff Aziz menyatakan bahawa dia tidak mahu menyekat kebebasan suaminya dalam meneruskan kerjaya.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Aliff Aziz, Bella Astilla

Saya memahami kerjaya Aliff. Saya tiada halangan dan tidak akan meletakkan batas untuk Aliff berlakon dengan aktres wanita lain. Dia sangat berbakat dan tiada sebab untuk saya sekat

Kadang-kadang, jika ada satu babak romantik, saya yang membantu Aliff dan memberikan nasihat agar dia buat dengan lebih lagi. Saya faham itu semua hanyalah lakonan yang menjadi sebahagian kerjaya Aliff, katanya kepada Astro Gempak.

Maka apa lagi yang mampu dikatakan oleh Aliff Aziz selain bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang insan seni. Apa pun, semoga hubungan pasangan ini kekal hingga ke Jannah. (rtky/s)

TTBusan-Rotikaya-300x250.jpg



SUMBER
astro gempak

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online