Inilah kata-kata BERANI Sultan Brunei kepada Media Barat yang MENGEJUTKAN Dunia !!

18:59



CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei di sebabkan perlaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semuahotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka :



"DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sisrem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu."

"Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

"Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dn kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.

"Seperti mana kamu mengamalkan hak mau untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.

"Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang di tembak di sekolah-seklah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut di risaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.

"Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.

"Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkan membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

"Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan AMAN.

"Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk di laksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu di jalani sebelum boleh di sabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.




Oleh | Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omai 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGARA BRUNIE DARUSSALAM

You Might Also Like

0 comments

Online