Cara Untuk Mengetahui Khodam Yang Ada Batu Cincin Atau BarangBarang Lama
17:13
Saya share sedikit ilmu cara untuk kita mengetahui apakah pada batu2 cincin atau geliga, mustika kita adakah ia berkhodam atau tidak. Bolehlah sahabat cuba melakukannya sendiri.
CARANYA :
Untuk mengetahui apa jua barang lama atau yg berkhodam jin dan yg sebangsa dgnnya. Ambil beras setengah genggam, masukkan dalam bekas, lalu diisi air. Lepas tu kacau sampai jadi putih airnya. Kemudian rendamkan barang/ batu/geliga tu selama yg kita suka, seeloknya setengah jam.
Kemudian keringkan dgn kipas. Lalu, sapukan dgn minyak Zafaron Merah atau minyak Misik Merah. Selepas itu tunggu, sampai hijab sahabat terbuka atau tidak. Jika terbuka, saat itu sudah boleh terlihat/nampak. Tetapi jika tidak terbuka hijab,
sahabat bacalah ayat ini :
” Salamun Qaulam Mir Rabbir Rahim.” 3x. (yassin).
Lalu sambung bacaan :
” In Kullu Lamma Alaiha Hafiz.” 3x. surah At Tarikh (hal alam gaib)
Kemudian bacakan :
” Fabiai Iala Irabbikuma Tukazziban.” 3x. surah Ar Rahman.
Sedekahkan lah al fatihah kpd siapa yg sahabat suka, jgn lupa untuk diri sendiri. Sebelum itu ambil wuduk bersihkan diri zahir dan batin.
Kemudian, letakkan barang tadi dibawah bantal, sambil pasang niat tujuan kita. Insya’ Allah…..banyak kali orang awam, yg tidak memiliki ilmu tentang benda berkhodam melakukannya dan berhasil.
Cubalah sahabat lakukan, sahabat akan dapat melihat khodam atau melihat Aura atau energi benda2 tersebut…..
Inilah salah satu cara yg mudah untuk orang awam mengetahui barang2 mistik itu berkhodam atau tidak…Semoga berhasil…
credit to:Siluman Kera Sakti
> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Sumber: superkiram
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments