Isu mengenai status sebenar ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimiliki oleh pakar motivasi Azizan Osman terus menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia apabilasemalam pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan bahawa merek tidak pernah memberikan sebarang ijazah kedoktoron kepada Azizan.
Hari ini, dua lagi universiti tempatan telah tampil membuat penafian menganugerahkan PhD kepada Azizan.
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan. Menurut beliau, berdasarkan semakan teliti oleh pihak UKM mereka mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM.
Selain daripada UKM, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga mengesahkan mereka tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan.
Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.
Sehingga kini Azizan Osman tidak tampil membuat sebarang komen lanjut mengenai kontroversi hangat yang melanda dirinya.
Sumber Berita : BH ONLINE
Sumber asal:Beautifulnara
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Memang dah lama sangat rasanya peminat tak tengok Neelofa berlakon drama sejak jadi pengacara program Meletop.. Setelah lama tak terima tawaran berlakon drama, Neelofa bakal mengubat kerinduan korang semua dengan drama Suri Hati Mr Pilot..
Neelofa telah digandingkan bersama pelakon Fattah Amin.. Masing-masing dah mula mempromosikan drama yang bakal di tayangkan di Astro pada 10 Oktober tak lama lagi..
Tapi, ada peminat yang tak suka tengok gandingan Neelofa dan Fattah.. Dorang rasa Fattah ni berlakon kayu, banyak lagi pelakon lelaki lain sesuai untuk digandingkan dengan Neelofa..
Ada juga yang merasakan pasangan ini sangat sesuai bersama, ada yang sampai suruh pasangan ini berkahwin.. Iyerlah, Fattah kan dan single.. Maklumlah baru lepas putus cinta dengan Sherry Ibrahim..
Nak ke Neelofa dengan Fattah? Neelofa ni usahawan berjaya kot, tapi kalau dah jodoh tak ke mana.. Asal di gandingkan sekali je, peminat mesti suruh kahwin.. Dorang nampak serasi bersama dalam drama je tu.. Dekat dunia realiti belum tentu lagi serasi.. MissA/UtaraNews
Sumber asal:utaranews.wordpress.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram Kutukan Safiey Ilias kepada wanita ini dihentam Syasya Solero aka Asyalliee
Menarik 01:07BEBERAPA hari lalu, mak nyah kontroversi Safiey Ilias menerusi Instagram peribadinya memuat naik satu posting mengecam golongan Hawa yang memakaimake up kusam dan bercapuk atau dalam istilah lain penggunaan solekan yang tidak sekata.
Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram Kutukan Safiey Ilias kepada wanita ini dihentam Syasya Solero a.k.a Asyalliee
Menurut Safiey menerusi kapsyen yang dimuat naik itu, dia gemar menggunakan peralatan make up dari jenama Tomford berbanding Mac. Baginya jenama itu lebih mendatangkan kesan yang sekata pada kulit wajah.
Hasil make up gunakan Tomford. Tak adalah tebal macam kita pakai Mac. Ini sekadar nak berkongsi sebab benci nak mampus tengok perempuan make upkusam dan bercapuk. Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram. Laser betul ni, katanya.
Namun, kata-kata yang diluahkan menerusi laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi netizen terutama golongan wanita sendiri yang beranggapan ia adalah satu bentuk penghinaan buat mereka.
Salah seorang wanita yang lantang bersuara ialah Asyalliee Ahmad atau Asyalliee menempelak Safiey.
Antara komen pedas wanita berusia 19 tahun itu kepada Safie: Awak pun make uptak betul, ada hati nak mengata orang. Mana ada orang make up muka putih saja kalau yang free hair.
Selain komen daripada Asyalliee, hampir 3 ribu komen lain yang ditinggalkan di status yang dimuat naik rata-ratanya membidas semula kata-kata Safiey itu.
Bang Sapi, kening you pun macam lol gitu ada hati nak cakap orang, tulis Norsahidahohmell.
Manakala Marhalina.halim pula, Jual produk untuk perempuan.. pastu pibashperempuan.. bagusss sangat .
Kau make up macam mana sekalipun kau tetap jantan. Jangan berangan yang kau cantik, tulis Seputeh_salju.
Mungkin moral ceritanya ialah tak berapa elok la untuk pondan mengutuk kaum Hawa yang lebih sinonim dengan make up.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Masih ingat Nor Edura wanita yang pernah dikatakan bakal isteri Zizan Razak cuba lihat 6 foto terbarunya sungguh memeranjatkan
Menarik 01:07Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus pernah mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.
Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya.
Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun (ketika kenyataan tersebut dibuat). Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu, katanya yang ketika itu dikatakan bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.
Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.
Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa wanita yang pernah dikatakan bakal isterinya itu tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus – Rotikaya.
Berikut ialah biodata penuh wanita berkenaan :-
Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan)
Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan
Saksikan lagi beberapa keping foto terbaru Nor Edura di bawah:
Sumber asal:kisahbenarviral.blogspot.my
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Aku pernah pergi ke seminar Azizan Osman sekali. Sebelum pergi ke seminar dia, aku memang dah start baca buku tentang business. Boleh dikatakan, kebanyakan konten seminar Azizan Osman telah dicedok idea-idea daripada siri buku Michael E Gerber, E-Myth.
Dalam seminar tersebut, Azizan Osman ada bagitahu yang dia pernah berguru dengan Michael E Gerber (secara face to face) dengan bayaran puluhan ribu ringgit, Aku doubt kesahihannya. Kalau betul, confirm dah jaja selfie dengan die, tapi aku still bagi die benefit of the doubt.
Uniknya, Azizan Osman nih pandai mengolah persembahan menjadi sesuatu yang menarik dan praktikal. Boleh terus guna.
Tak peliklah kalau kita tengok ramai orang Melayu yang berpusu-pusu ke seminar beliau walaupun terpaksa bayar puluhan ribu ringgit. Mungkin sebab kebanyakan orang melayu nih nak cepat kaya, tapi malas membaca & berfikir. Alhamdulillah, aku bukan melayu, tapi pure Jawa! Haha
Kalau diikutkan, buku Michael E Gerber tuh taklah mahal sangat pun. Kalau yang secondhand, baru 0.01 pound sterling jer kalau beli kat Amazon UK. Buku die yang lebih comprehensive, E-Myth Mastery pun harganya kurang dari RM100 kat MPH.
Azizan Osman juga pernah claim dalam seminar yang sama, yang business dia semua dah stabil. Jadi sekarang masanya untuk dia bantu orang Melayu dan sebab dia bosan, dia pun buat PhD. Peliknya, tak pernah pulak nampak company dia kat bursa malaysia! Mungkin dia taknak give up ownership dia dalam business kot, aku bagi benefit of the doubt yang kedua.
Aku puji jasa Azizan Osman yang dah bantu peniaga kecil yang mungkin struggle nak dissect buku berkaitan business. Tuh yang ramai orang buat business education, nak dissect idea businesman hebat. Nak baca tuh satu hal, nak buat tuh satu hal lagi pulak.
Aku sendiri ada guna beberapa nasihat percuma dia especially dalam sales & marketing. Bagi orang yang dah biasa buat sales akan tahu, dia punya advise is dead sound! Cuma, itu bukanlah lesen itu dia terus menipu!
Stop jer guna title Dr, kalau takde PhD! Kalau ilmu tuh diolah daripada buku, just note jer lah! Orang Malaysia nih tetap akan datang ke seminar kau sebab dorang malas baca. Tak perlu lah nak claim kau pergi berguru secara personal dengan dorang dengan bayaran ratusan ribu ringgit.
Dengan entiti yang masih lagi wujud pun, ade orang berani nak menipu, palsukan sijil dan disokong oleh ramai pengikut. Jadi, jangan peliklah kalau hadis yang dipalsukan atas nama nabi pun, ramai orang yang percaya, backup dan tolong sebarkan.
SUMBER Hasan Suyat
Sumber: beritapremium
Sumber asal: figuramalaya.net
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
BELUM muncul dengan sebarang penjelasan, pakar motivasi terkenal, Azizan Osman dilihat mengambil langkah berdiam diri selepas penafian Universiti Malaya mengenai penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Keusahawanan yang dimilikinya.
Giliran mantan Naib Canselor UM pula persoal Azizan Osman
Kenyataan yang dikeluarkan semalam itu nyata mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik serta menjadi topik perbualan hangat di laman sosial.
Perkara ini turut mendapat perhatian mantan Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon apabila memuat naik status mengenai perkara itu dalam lamanFacebook.
Beliau merupakan Naib Canselor ke-10 UM yang memegang jawatan itu selama lima tahun dari tahun 2008 hingga 2013 mempersoalkan tarikh Azizan menerima Ijazah Kehormat yang didakwa dimiliknya.
Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?
Siapakah Tuanku Canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?, katanya.
Menurutnya, dengan maklumat berkenaan dapat membantu pihak universiti untuk menyemak dengan mudah.
Beliau menjelaskan tiada sebarang alasan boleh digunakan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak benar.
Katanya, jalan terbaik yang diperlukan Azizan adalah meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan daripada memberikan hujah berhubung kejadian yang boleh dianggap memalukan itu.
Beliau dalam posting di Facebooknya semalam turut mendakwa pemalsuan sijil berlaku di seluruh dunia bukan di Malaysia sahaja.
Yang penting kalau kita hendak mengambil seseorang bekerja dan kita rasa curiga, kita tulis surat pada universiti yang menganugerahkan sijil itu, katanya.
Semalam, UM dalam satu kenyataan rasmi menafikan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman seperti yang dibangkitkan dalam laman sosial baru-baru ini.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih