Shahz jaszle bakal timang anak kedua

18:45

3-Shahz-Jaszle-Bakal-Timang-Anak-Kedua-R

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shahz Jaszle kerana bakal menimang cahaya mata kedua pada Januari tahun hadapan malah dia juga mengakui turut teruja kerana bakal dikurniakan cahaya mata lelaki.

BACA: Shahz Jaszle: Kehadiran Anak Ubah Hidup Saya

Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah. Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki

Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman, katanya yang sudah dikurniakan seorang seorang anak peremuan iaitu Alana Jasmeen Jaszle, berusia lapan bulan.

Tambah pelakon lelaki ini lagi, kehadiran cahaya mata di dalam kehidupannya banyak mengubah dirinya untuk menjadi lebih matang selain turut berusaha keras untuk memberikan yang terbaik buat anak dan juga keluarganya demi masa depan yang terjamin. (rtky/s)

Forum-Ads-PHL.jpg



SUMBER
mstar online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online